Assalammualaukum.....
Alhamdulillah cik dah terima hadiah ni Yana...
Terima kasih banyak2 kpd Long Mar & Long Kamal dan Yana....
Semoga sedekah kalian di berkati Allah..
Sunday, 25 December 2011
Pengalaman naik bas dari Lakin ke Kota Tinggi...
ASSALAMMUALAIKUM.......
Pada 20 dan 21.12 ari tu sya ada kursus mkm kat Tropical In JB , Oleh kerana ada perkara yg tak dpt dielakan sya terpaksa blik naik bas, nasib baik ada kwn tak la bosan sangat...naik dari larkin kul 5.30 ptg smpai kota kul 7.30 mlm, raun bdr jb dulu pastu jln jem, smpai tiram masuk bdr tiram dulu, dah lps tiram barula bas tu dpt laju sikit. Abg2 yg tuggu kat basten dah geram..... apa taknya tunggu dri kul 5.00.... abg yg sorang tu kata apa? smpai berjanggut sya tunggu awak....
Tula pengalaman kami naik bas, apapun ni adalah satu pengalaman yg boleh jaadikan kenangan dan ada juga ilmu yg kita dpt... cuba bayangkan kwn2 kita stiap ari naik bas, tapi diaorg dah biasa...

Sunday, 4 December 2011
Rewang Kendarat.....
Assalammualaikum,
Aduhh penatnya badan...
dari kul9 pagi tadi mjlis katam Quran & Berzanji pas tu buat tugasan kendarat,
kul 12 tgh kejar ke F Ulu Belitong jap gi kenduri kawin sedara.
Blik semula sambung tugasan smpai kul 5 ptg.
Tapi hati tetap gembira dapat jumpa kwn2.nilah masa nak jumpa kwan, hari biasa tak sempat nakjumpa kwan
Yang kedua dpt mnyubang tenaga pd kwan.melaksanakan kontrak sosial...
Alhamdulillah..... klau kita ikhlas semua kerja kita diberkati...
rumah pengantin tadi uh temanyer warna pink ..

Thursday, 1 December 2011
Fakta Tentang Bunga Rafflesia
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga denganbunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldiisempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dancahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)